Jumaat, 22 Ogos 2014

PENYERAHAN TONG SAMPAH

Pada 13.7.2014 syarikat E-Idaman telah menyerahkan tong sampah kepada penduduk Taman Bersatu, satu rumah satu tong sampah. Sebelum ini sampah-sampah dibuang secara berpusat. Operasi kutip sampah oleh syarikat dari rumah ke rumah belum lagi dilaksanakan buat masa sekarang.Pelaksanaan akan dimaklum kemudian oleh syarikat E-Idaman.





Khamis, 1 Mei 2014

PERSIDANG UMNO TAMAN BERSATU

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Taman Bersatu bagi tahun 2014 telah diadakan pada 1.5.2014 sempena hari buruh diDewan Surau Assyakirin. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, kehadiran ahli diluar jangkaan. Terima kasih kepada Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan semua AJK Cawangan yang berungkus lumus dalam menjayakan persidangan kali ini. Juga kepada semua ahli yang hadir dan tidak lupa kepada IR Manap bin Hanafi penyelaras dari UMNO Bahagian Baling dan rombongan.

 Barisan Kepinpinan UMNO Taman bersatu

Ahli yang hadir

Penyampian Cendera Mata kepada Penyelaras

Rabu, 23 April 2014

BINA TEMBOK

Kerja pembinaan tembok bagi menghalang  tanah runtuh di Taman Bersatu sedang giat dijalankan.

Khamis, 17 April 2014

UMRAH



PENGERUSI JKKK TAMAN BERSATU
Ust. Ismail Zoawe bin Ahmad

Pengerusi JKKK Taman Bersatu Ust. Ismail Zoawe baru-baru telah berangkat ke tanah suci Mekah pada 10.4.2014 untuk menunaikan umrah yang ditaja oleh UMNO bahagian Baling dan dijangka pulang ketanah air pada 21.4.2014 . Moga beliau dapat kerja umrah dengan sempurna dan sihat sepanjang berada di tanah suci.

Isnin, 14 April 2014

BAIKI LONGKANG

Kerja-kerja baik pulih longkang yang runtuh dijalan utama keTaman Bersatu sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh Majlis Daerah Baling. Bertindak diatas aduan JKKK Taman Bersatu





Rabu, 9 April 2014

JAWATAHKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG

1. En.Ismail Zoawe bin Ahmad          - Pengerusi
2. En. Jamsari bin Ismail                     - Setiausaha
3. En. Muhamad bin Karim               - Biro Sosial dan Kebajikan
4. En. Abd Wahab bin Abd Ghani     - Biro Ekonomi Pertanian dan Keusahawanan
5. En. Shahabuddin bin Mahmood     - Biro Agama
6. En. Othman bin Salleh
7. En. Abd. Rahman bin Che Mat      - Biro Maklumat
8. Pn. Fatimah bt. Hassan                  - Biro Pembangunan Keluarga dan Wanita 
9. En Abdullah Razak bin Man          - Biro Perumahan dan Pengindahan Desa
10. En.  Sa'ad bin Ahmad                  -
11. Cik Azura Hani bt. Hamzah         - Biro Pendidikan
12. En Ahmad bin Awang                 - Biro Keselamatan
13. En. Talib bin Bakar                     - Biro Belia, Sukan dan Rekreasi
14. Pn.Sofiah bt. Karim                    -